Di dalam Islam, tidak ada kelebihan di antara seseorang itu dengan yang lain melainkan takwa. Tetapi di dalam kebiasaan tanggapan masyarakat umum, wujud pembahagian manusia menurut 'status serta kedudukan' yang diukur melalui pangkat, jawatan, harta dan juga kerana kemuliaan 'keturunan'. Contoh jelas bagi masalah ini ialah persoalan perkahwinan di antara Syed dan Sharifah yg berlaku di dalam masyarakat Melayu. berdasarkan tanggapan ini, seorang Syed tidak boleh berkahwin kecuali dengan wanita yg bergelar Syarifah dan begitu juga sebaliknya. kesemua adat dan peraturan ini menyalahi hukum syarak serta dicela oleh agama sekiranya ia ternyata menzalimi pihak yg terlibat.
Allah berfirman:
" wahai manusia. Sesungguhnya KAMI menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali." (surah al-hujurat: 13)
Rasulullah juga bersabda:
" tiada kelebihan di antara orang Arab dengan orang yang bukan Arab kecuali takwa" (hadis riwayat Ahmad)
Pihak keluarga tidak boleh memaksa anak-anak berkahwin hanya dengan mereka yg memiliki gelaran Syed @ Syarifah kerana ia menyalahi al-Sunnah Rasulullah. Baginda sendiri memberi penegasan bahawa seorang wanita itu dikahwini kerana agamanya. Agama itulah yg dapat menjamin kebahagiaan hidup, bukannya kecantikan,harta @keturunan.
Ini seperti yg termaktub di dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim. Pemikiran ibubapa yg kolot serta berbangga terhadap keturunan mereka seperti gelaran Syed dan Syarifah,Tun dan Tengku ternyata bersalahan dengan ajaran Islam yg bersifat syumul lagi menyeluruh. ini kerana Nabi Muhammad dengan jelas telah mengumumkan di dalam sebuah hadisnya.
Sabda baginda:
" aku diutuskan untuk membawa agama yg lurus dan bertoleransi" (hadis riwayat Ahmad)
Membezakan manusia kerana keturunan @ pangkat adalah suatu hal yg dilarang oleh Islam. Perbuatan ini juga menyerupai sikap iblis.
ALLAH berfirman:
iblis berkata: "aku lebih baik daripadanya, kerana ENGKAU ciptakan aku daripada api, sedangkan dia (adam) ENGKAU ciptakan daripada tanah." ( surah Shaad: 76)
Syeikh Abdullah bin Abd Rahman al-Jibrin, salah seorang ahli Majlis Fatwa Kerajaan Arab Saudi menjawab ketika ditanya mengenai hukum berbangga dengan keturunan seperti Syed @ Syarifah kerana mendakwa diri mereka mulia dan suci. Syeikh ini berkata bahawa itu tidak benar sepenuhnya. berbangga-bangga dengan keturunan itu tidak dibenarkan oleh Islam. ini didasari dengan petunjuk al-Sunnah.
Rasulullah bersabda:
"hendaklah semua kaum berhenti membangga-banggakan nenek moyang mereka yang telah mati. jika tidak, nescaya mereka akan menjadi lebih hina di sisi ALLAH berbanding anjing yang mengorek kotoran (tahi) dengan hidungnya." (hadis riwayat at-Tirmizi)
perbuatan ini ditegah oleh agama. ini kerana, berbangga-bangga dengan keturunan itu termasuk perilaku jahiliah.
Rasulullah bersabda:
" Sesungguhnya ALLAH telah menghilangkan daripada kalian belenggu jahiliah dan kebanggaannya dengan moyang mereka. Sesungguhnya (yang ada adalah) seorang mukmin yang bertakwa @seorang derhaka yg sengsara. manusia semuanya adalah anak cucu Adam,sedang Adam diciptakan daripada tanah." (hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)
Baginda bersabda lagi:
"ada 4 perilaku jahiliah yg akan kekal pada umatku iaitu membanggakan nenek moyang, mencela kaum kerabat, meminta hujan dengan menggunakan binatang dan meratapi kematian." (hadis sahih riwayat Muslim)
ini adalah celaan daripada Rasulullah terhadap mereka yg menbangga-banggakan keturunan (nasab). celaan ini datang keranan sesungguhnya manusia menjai mulia hanya kerana amal soleh yg dilakukan.tidak akan berguna kemulian keturunan mereka yg terdahulu.
jika difikirkan secara teliti, kemuliaan Rasulullah sendiri tidak ada gunanya kepada anggota kabilah baginda yang lain. contohnya, seperti bapa-bapa saudara baginda yg tidak mengikuti ajaran Islam. Antaranya adalah Abu Lahab yg tercatat namanya didalam al-Quran.
Allah berfirman:
" celakalah kedua tangan Abu Lahab dan dia pun celaka." (surah al-Lahab: 1)
seorang sasterawan berkata:
sungguh,manusia itu tidak bererti kecuali kerana agamanya. maka, jangan engkau abaikan takwa kerana bersandar kepada nasab (keturunan). sesungguhnya Islam telah mengangkat Salman al-Farisi. sedang kesyirikan pula benar-benar telah membuat hina Abu Lahab.
wallahua'lam.
dipetik daripada buku mencari pasangan hidup oleh ustaz Emran Ahmad. Kredit sepenuhnya di pautan ini.
No comments:
Post a Comment